Unit
Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling
Matlamat unit BAKAS yang utama adalah untuk mengurangkan kejadian penyakit
berjangkit yang disebabkan oleh faktor kebersihan alam sekeliling yang kurang
memuaskan melalui penyediaan kemudahan kebersihan yang sesuai.
Aktiviti
Pembinaan
Tandas Curah
Aktiviti Bantuan Tandas Curah
Meliputi
pembinaan tandas baru dan tandas gantian
Bekalan
Bahan Binaan Tandas
Perancangan
perolehan bekalan bagi rumah tandas, kerek dan penutup tandas dibuat berdasarkan
kepada keadaan terkini bilangan rumah tidak bertandas yang dikenalpasti
Pembinaan Tandas
Tandas
dibina sendiri oleh pemohon yang berjaya. Penerangan dan tunjuk ajar tentang
tatacara pembinaan tandas disampaikan oleh kakitangan unit BAKAS
Memberi
Bantuan Kemudahan Bekalan Air Bersih
Aktiviti
Bantuan Bekalan Air Bersih
Bantuan
ini diberi keutamaan kepada penduduk luar bandar dalam menjamin perolehan
bekalan air bersih yang selamat dan mencukupi. Pemberian bantuan ini tertakluk
kepada terdapatnya kemudahan ‘pipeline’ Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU)
di kawasan berkenaan.
Bagi
kampung-kampung yang tiada kemudahan pipeline, pembinaan telaga pam dengan
sambungan ke rumah dilakukan
Pembinaan
Sistem Air Perlimbahan dan Pelupusan Sisa Pepejal
Bertujuan
untuk meningkatkan lagi tahap perlupusan sampah dan pembuangan air limbah yang
sempurna di kawasan luarbandar selaras dengan matlamat ‘Mesra Alam’. Ianya
dilaksanakan seiring dengan aktiviti bantuan
tandas dan bekalan air selamat.