LATAR BELAKANG DAERAH MARANG

Daerah Marang mengandungi 6 buah mukim ;

Mukim Rusila,
Mukim Jerong,
Mukim Pulau Kerengga,
Mukim Merchang,
Mukim Bukit Payong dan
Mukim Alor Limbat.

Keluasan Daerah Marang ialah 666.54 km persegi. Bermula pada tahun 1996, keseluruhan  kawasan Daerah Marang telah diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Marang.

Terdapat sebanyak 77 buah kampung dalam Daerah Marang.  Kawasan bandar hanya melibatkan bandar Marang sahaja.

Daerah Marang mempunyai penduduk seramai 92,503 orang dengan bilangan rumah sebanyak 18,692 buah. 

 

Pecahan penduduk mengikut bangsa di Daerah Marang adalah seperti berikut :

Bangsa Melayu

  89,912 orang

(97.2%)

Bangsa Cina

    2,405 orang

(2.6%)

Bangsa India   

         93 orang

(0.1%)

Lain-lain bangsa

         93 orang

(0.1%)

 

Pecahan asas ekonomi bagi penduduk Daerah Marang dapat dikategorikan sebagaimana di bawah