5. Seseorang terdapat luka yang baru di
mana-mana bahagian badan. Jika luka yang baru ini terkena dengan
darah babi yang dipanggil JE (yang baru disembelih) bolehkah orang
ini dijangkiti JE?
Terdapat kemungkinan untuk mendapat jangkitan JE
jika luka di badan kita dicemari darah babi yang mempunyai virus.
Sekiranya seseorang sudah mendapat vaksinasi, dia akan dilindungi
daripada jangkitan JE. Perlindungan diri perlu diambil untuk
mencegah daripada jangkitan dengan memakai sarung tangan, gaun,
topeng muka dan kasut but.
6. Berapa lamakah bagi seseorang yang digigit nyamuk Culex yang
mempunyai virus JE akan menimbulkan simptom-simptom penyakit
JE?
Masa yang diambil adalah sebanyak 5 hingga 15
hari.
7. Siapakah yang berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit
Japanese Encephalitis?
Mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti
penyakit ini adalah;
 |
pekerja dan mereka yang tinggal di
ladang babi |
 |
mereka yang tinggal disekitar
ladang babi dalam lingkungan 2 km, kepada kanak-kanak dibawah
15 tahun. |
8. Selain daripada nyamuk Culex, adakah kemungkinan nyamuk-nyamuk
jenis lain yang akan membawa virus JE ini?
Hanya nyamuk Culex tritaeniorhynchus, Culex gelidus
dan Culex vishnui sahaja boleh membawa virus JE ini. Nyamuk yang
terdapat di bandar-bandar ialah Culex quinquefasciatus tidak boleh
membawa virus JE. Nyamuk Aedes tidak boleh membawa virus JE
ini.
9. Adakah babi yang dijangkiti virus JE akan mati?
Babi yang dijangkiti virus JE tidak akan mati
kerana ia akan mengeluarkan antibodi yang melawan virus JE dan
membunuh virus ini. Tiada kematian babi dilaporkan oleh kerana
JE.
10. Mengapakah terdapat orang yang disuntik vaksin masih boleh
dijangkiti JE ini? Adakah ini bermaksud sungguhpun orang disuntik
vaksin, masih tidak dilindungi sepenuhnya?
70-90% orang boleh mendapat perlindungan sebulan
selepas suntikan dos kedua dan 90-95% orang boleh mendapat
perlindungan dalam masa 2 minggu selepas suntikan dos ketiga.
Sekiranya seseorang mendapat gigitan nyamuk sebelum tempoh tersebut
diatas ia boleh mendapat jangkitan JE.
5-10% daripada orang ramai yang telah mendapat
suntikan dos yang ketiga tidak akan ‘sero-convert’ dan seterusnya
akan terdedah kepada jangkitan JE. Ini bermakna, adalah penting
untuk golongan ini yang tidak ‘sero-convert’ mengambil
langkah-langkah mencegah jangkitan seperti yang disenaraikan dalam
soalan 18.
11. Bagaimana penyakit Japanese Encephalitis merebak?
Penyakit Japanese Encephalitis disebarkan oleh
gigitan nyamuk Culex. Virus Japanese Encephalitis membiak dalam
tubuh babi. Apabila nyamuk betina Culex menghisap darah babi, ia
membawa bersam virus Japanese Encephalitis. Selepas 14 hari nyamuk
tersebut berupaya untuk menyebarkan virus Japanese Encephalitis
kepada babi yang baru ataun kepada manusia jika nyamuk tersebut
menggigit manusia.
12. Adakah JE berlaku hanya di Malaysia atau di lain-lain
negara?
Penyakit JE merupakan penyebab utama kepada
penyakit viral encephalitis di Asia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) menganggarkan sebanyak 50,000 kes dan 10,000 kematian akibat
JE berlaku di dunia terutama sekali di rantau Asia.
13. Adakah individu boleh mendapat penyakit Japanese Encephalitis
jika memakan daging babi yang terjangkit?
Individu tidak akan mendapat penyakit ini walaupun
telah memakan daging babi yang telah terjangkit. Ini kerana virus
hanya mebiak dalam sel hidup. Tambahan lagi memasak dan membakar
daging babi boleh membunuh semua jenis bakteria atau virus. Enzim
dan keasidan dalam perut kita boleh membantu membunuh apa saja jenis
virus. Ini bermakna daging babi apabila dimakan tidak akan membawa
penyakit JE.
VEKTOR
14. Dimanakah nyamuk Culex membiak?
Nyamuk Culex membiak di tempat takungan air
semulajadi yang kotor seperti kolam, lopak air, parit dan sawah
padi.
15. Bilakah masanya nyamuk ini biasa menggigit manusia?
Nyamuk Culex sering menggigit manusia pada waktu
senja hingga subuh (6.30 petang - 6.30 pagi). Oleh itu adalah
penting untuk menjauhi daripada ladang babi dari 4.30 petang hingga
9.30 pagi. Jikalau sesiapa perlu berada di ladang babi pada waktu
4.30 petang hingga 9.30 pagi mereka perlu mengambil tindakan seperti
di soalan 18. Culex lebih suka menggigit babi daripada
manusia.
16. Bagaimanakah nyamuk Culex ini boleh dikenali?
Nyamuk Culex ini bersaiz kecil, berwarna kuning
keperangan dan terdapat tompok putih di torek badannya.
17. Berapa jauhkah nyamuk Culex boleh terbang?
Nyamuk Culex ini boleh terbang sejauh 2 km jejari
(radius). Berdasarkan kebolehannya terbang sejauh 2 km ini,
menyebabkan mereka yang tinggal sejauh 2 km dari ladang babi
berisiko tinggi untuk mendapat penyakit Japanese
Encephalitis.
18. Bagaimanakah cara mencegah penyakit Japanese
Encephalitis?
Penyakit Japanese Encephalitis boleh dicegah dengan
beberapa cara. Diantaranya adalah;
a. Elakkan daripada gigitan nyamuk;
 |
tidur dalam kelambu |
 |
menggunakan ubat racun
serangga (lingkaran nyamuk, ‘repellent’,’aerosol’ dan
lain-lain). |
 |
memasang jejaring nyamuk di
tangkap |
 |
memakai baju lengan panjang
dan seluar panjang semasa berada di kawasan kandang
babi. |
 |
duduk di dalam rumah pada
waktu malam. Jika perlu keluar dari rumah, pakailah baju
lengan panjang dan seluar panjang. |
 |
menjauhi daripada ladang babi
dari 4.30 petang hingga 9.30
pagi |
b. Hapuskan tempat pembiakan nyamuk:
 |
menyediakan saluran perparitan
yang sempurna |
 |
menimbus lopak-lopak air |
 |
menjaga kebersihan sekitar ladang
ternakan babi |
 |
membuat semburan racun serangga di
sekitar ladang babi |
c. Mendapatkan suntikan vaksin Japanese Encephalitis
 |
mereka yang berisiko tinggi untuk
mendapat penyakit ini perlu mendapatkan suntikan
vaksin. |
19. Bilakah waktu yang sesuai untuk menjalankan aktiviti semburan
kabus (fogging)?
Masa yang sesuai untuk menjalankan semburan kabus
(fogging) adalah selepas waktu senja hingga subuh (6.30 petang
hingga 6.30 pagi) iaitu semasa nyamuk Culex keluar untuk menggigit
perumah iaitu selepas 7.00 malam.
VAKSIN
20. Adakah terdapat rawatan khusus untuk JE?
Tidak ada rawatan khusus untuk penyakit JE. Buat
masa ini rawtan yang diberi ialah simtomatik dan sokongan untuk
mengurangkan kematian atau komplikasi.
21. Siapakah yang perlu mendapatkan suntikan vaksin Japanese
Encephalitis?
Mereka yang perlu mendapatkan suntikan vaksin Japanese
Encephalitis adalah,
 |
pekerja dan mereka yang tinggal di
ladang babi termasuk mereka yang mengendalikan secara langsung
urusan di ladang dan yang mempunyai kontek secara langsung
dengan babi seperti penangkap babi (‘catcher’) dan penyembelih
babi (‘butcher’). |
 |
mereka yang tinggal di sekitar
ladang babi dalam lingkungan 2 km kepada kanak-kanak di bawah
umur 15 tahun. |
22. Berapa kalikah mereka yang berisiko tinggi perlu mendapatkan
suntikan vaksin Japanese Encephalitis?
Mereka yang berisiko tinggi perlu mendapatkan
suntikan vaksin Japanese Encephalitis sebanyak beberapa kali seperti
jadual di bawah;
a. Mereka yang sangat berisiko tinggi - pekerja dan keluarga yang
tinggal di ladang babi:
dos pertama - hari 0 (hari suntikan pertama
diberi) dos kedua - hari ke-7 selepas dos pertama dos ketiga
- hari ke-30 selepas dos pertama dos keempat - setahun selepas
dos pertama dos tamabahan - setiap 3
tahun
b.mereka yang berisiko tinggi - mereka yang tinggal sekitar
ladang babi dalam lingkungan 2 km dan berumur di bawah 15
tahun.
dos pertama - hari 0 (hari suntikan pertama
diberi) dos kedua - hari ke-7 selepas dos pertama dos ketiga
- setahun selepas dos pertama dos tambahan - setiap 3
tahun
24. Dimanakah suntikan vaksin boleh didapati?
Buat masa ini, kakitangan kesihatan sedang memberi
suntikan kepada penghuni-penghuni kampung yang berisiko tinggi di
sekitar ladang babi. Mereka yang tinggal di ladang dan disekitar
ladang babi akan diberitahu mengenai tarikh kedatangan pasukan
kesihatan melalui pihak pengurusan ladang, ketua-ketua kampung atau
jawatankuasa kampung.
25. Adakah mereka yang diberikan suntikan vaksin perlu membuat
bayaran bagi mendapatkan suntikan vaksin Japanese
Encephalitis?
Bagi mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat
Japanese Encephalitis, kos suntikan vaksin akan ditanggung oleh
Kementerian Kesihatan.
26. Adakah vaksin JE yang digunakan selamat dan berkesan?
Vaksin JE yang digunakan kini adalah selamat dan
berkesan. Vaksin ini dibuat daripada virus yang telah dimatikan.
Vaksin ini boleh disimpan pada tahap suhu biasa selama lapan minggu
tanpa menggunakan peti sejuk.
27. Adakah suntikan ini bebas dari najis babi dan selamat untuk
orang Islam?
Virus yang digunakan dalam menghasilkan vaksin
Japanese Encephalitis ini adalah hasil dari kultur oatak tikus. Satu
mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Sembilan telah diadakan pada
9.3.1999 dan telah mengeluarkan satu fatwa bahawa suntikan vaksin
tersebut adalah suci dan halal digunakan oleh orang awam yang
berugama Islam.
28. Apakah kesan sampingan suntikan vaksin Japanese
Encephalitis?
Mengikut kajian suntikan JE sebanyak 10% daripada
mereka ini yang diberikan suntikan vaksin boleh mendapat beberapa
kesan sampingan dan ini berbeza dari satu individu ke individu yang
lain. Diantaranya adalah;
 |
sakit dan bengkak di sekitar
tempat vaksin diberikan (lengan) |
 |
ruam |
 |
sakit kepala |
 |
demam |
 |
lemah anggota-anggota
badan |
 |
pening |
 |
muntah |
 |
menggigil |
29. Adakah terdapat kontraindikasi bagi suntikan vaksin Japanese
Encephalitis?
Pemberian suntikan vaksin Japanese Encephalitis
adalah kontraindikasi dalam keadaan berikut;
 |
sedang mengalami demam yang sangat
tinggi atau sedang mengidap jangkitan penyakit lain. |
 |
penyakit jantung, buah pinggang
atau penyakit hati. |
 |
diabetis atau "malnutrition" |
 |
kanser, leukaemia, limfoma |
 |
hamil |
Walaubagaimanapun jika pakar perubatan mendapati
mereka di atas mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti virus
Japanese Encephalitis, suntikan vaksin boleh diberikan.
LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH KEMENTERIAN
KESIHATAN
30. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian
Kesihatan untuk mencegah penyakit ini daripada merebak?
Kementerian Kesihatan telah mula mengambil
langkah-langkah sejak bulan Oktober 1998 untuk mengawal wabak ini di
Kinta, Perak.
a. Pendidikan Kesihatan
 |
Aktiviti pendidikan kesihatan telah diadakan
untuk memberitahu mereka yang berisiko tinggi mengenai gejala
penyakit, perlindungan diri dan kepentingan kebersihan.
Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah seperti ceramah,
sessi dailog, massa media dan pengedaran
risalah. |
b. Suntikan Vaksin
 |
Sejak bulan Disember, Kabinet telah
meluluskan kepada Kementerian Kesihatan untuk mengambil
langkah khas iaitu memberi suntikan vaksin Japanese
Encephalitis kepada mereka yang berisiko tinggi iaitu pekerja
dan mereka yang tinggal di ladang dan juga kanak-kanak yang
berumur kurang dari 15 tahun yang tinggal di sekitar ladang
babi (dalam lingkungan 2 km). |
 |
Sejumlah RM28 juta telah diluluskan untuk
menjalankan program vaksinasi. Program vaksinasi telah mula
dikendalikan pada bulan November
1998. |
c.Kawalan Vektor
 |
Semburan kabus dan kerja anti larva
dijalankan di ladang-ladang babi dan juga dari rumah ke
rumah. |
d.Rawatan rapi kepada pesakit-pesakit JE.
e.Mengesan kes-kes secara aktif.
f.Kementerian Kesihatan telah menubuh bilik gerakan
JE.
Nombor telefon hotline
03-2742184
03-2744260
03-2746907
04-9770337 (Bilik Gerakan JE di Cawangan Penyakit
Bawaan Vektor Perlis)
Homepage: http://dph.gov.my
Homepage :
http://www.jknperlis.gov.my/jknperlis
g. Mengadakan sessi pendidikan tentang JE kepada wartawan
suratkhabar.
h. Penubuhan Jawatankuasa Petugas JE pada 18 Mac,
1999.
Tugas-tugas setiap Kementerian adalah seperti berikut:
Kementerian Pertanian
 |
Memusnahkan babi di kawasan
wabak |
 |
Memberikan suntikan vaksin kepada
haiwan babi. |
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
 |
Kawalan nyamuk Culex melalui
semburan kabus (Fogging) dalam semburan racun pembunuh
jentik-jentik (Larviciding). |
Kementerian Kesihatan Malaysia
 |
Mengurangkan kadar kematian akibat
JE |
 |
Suntikan vaksin kepada golongan
berisiko tinggi |
Kementerian Pertahanan
 |
Membantu memusnahkan babi di
kawasan wabak |
Kementerian Penerangan
- Memberi maklumat dan penerangan kepada orang ramai.
|