PROGRAM PEMULIHAN KANAK-KANAK KEKURANGAN ZAT MAKANAN


Program ini bermula pada bulan Julai 1989 dan masih diteruskan sehingga kini.

Kriteria pemilihan ;

Pendapatan  ibubapa kurang daripada RM 212.20 sebulan
Pendapatan percapita kurang daripada RM 46.00 sebulan
Timbangan kanak-kanak menurun tiga kali berturut-turut
Berat badan kurang daripada 60-80% daripada berat standard

       Kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran dan masalah  kekurangan berat badan diberikan bantuan susu dan juga bantuan bakul makanan.  

        Aktiviti yang sedia ada diperluaskan termasuklah lawatan kanak-kanak dan ahli keluarga di rumah. Pemeriksaan kesihatan serta rawatan diberikan kepada semua ahli keluarga yang hadir ke klinik.

        Walaupun lawatan mesra oleh kakitangan kesihatan dihentikan mulai bulan Jun 1991, bantuan bakul makanan untuk kanak-kanak yang kurang berat badan daripada keluarga termiskin masih diteruskan.

        Sessi klinik khas, pendidikan kesihatan dan dialog juga diadakan dengan ibu bapa kanak-kanak yang kekurangan zat makanan.

        Pada tahun 1999, seramai 67 orang kanak-kanak kekurangan zat makanan daripada keluarga termiskin masih diberi bantuan bakul makanan berharga  RM 60. 00 pada setiap bulan.  

 

BILANGAN KANAK-KANAK KZM DAN BANTUAN YANG DI BERI  MENGIKUT  KLINIK KESIHATAN DI DAERAH MARANG PADA TAHUN 1998/1999.

 

KLINIK KESIHATAN

TAHUN

JUMLAH DAERAH

Peratus kanak-kanak tahun yang mempunyai berat badan 80 %st

1998

88.1%

1999

86.2%

Bil. Susu (kg ) yang diedarkan kepada ibu dan kanak-kanak.

1998

  856

1999

3189

Bil. Kes kanak-kanak KZM yang menerima bantuan

1998

70

1999

67