PROGRAM PERUBATAN                                           

PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR                                                                      

          

 

Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar merupakan komponen kedua di bawah aktiviti kesihatan keluarga. Di klinik-klinik  kesihatan, perkhidmatan ini diberikan oleh Pegawai Perubatan, Pembantu Perubatan serta dibantu  oleh Atttendan Kesihatan.

        

 

Terdapat 5 buah klinik  yang berada di bawah pentadbiran Pejabat Kesihatan Marang iaitu:

1. Klinik Kesihatan Merchang

2. Klinik Kesihatan Bukit Payong

3. Klinik Kesihatan Marang

4. Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan

5. Klinik Kesihatan Wakaf Tapai.

 

Secara amnya Perkhidmatan Pesakit Luar boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian perkhidmatan seperti berikut :

1.  Perkhidmatan memeriksa, mendiagnosa, merawat dan/atau merujuk pesakit-pesakit yang datang ke unit ini.

2.  Perkhidmatan rawatan kecemasan.

3.  Perkhidmatan rawatan luar waktu pejabat bagi kes-kes kecemasan dan kemalangan.

4.  Pendidikan kesihatan kepada orang ramai.

5.  Klinik rawatan susulan bagi  pesakit TB, psiakiatrik dan pesakit kronik yang lain seperti pesakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

6.  Pemeriksaan perubatan.

 

 

KEDATANGAN PESAKIT                                                           

 

Kedatangan pesakit ke Unit Pesakit Luar menunjukkan sedikit penurunan berbanding dengan tahun sebelumnya.

 

Bagi tahun 1998 jumlah kedatangan pesakit luar adalah seramai 120,571 orang berbanding dengan tahun 1999 iaitu seramai 115,426 orang. Penurunan kedatangan adalah seramai 5,145 orang iaitu 4.27%.

 

          Walaupun terdapat penurunan dari kedatangan  pesakit luar ianya adalah cuma di Klinik Kesihatan Bukit Payong sahaja iaitu dari 47,426 orang pada 1998 ke 36,405 orang pada 1999.

 


 Namun begitu, Klinik Kesihatan Bukit Payong tetap masih mencatatkan kedatangan tertinggi di Daerah Marang. Bagi klinik-klinik lain kesemuanya menunjukkan peningkatan dalam jumlah kedatangan pesakit.

 

    Majoriti kes-kes yang mendapat rawatan di sini ialah kes-kes penyakit saluran pernafasan (45,239 kes), diikuti kes penyakit kulit (9,128 kes).